SAMBUTAN HARI LAHIR




assalamualaikum...

berjumpa lagi setelah beberapa hari tidak bersua. banyak majlis yang perlu dihadiri, termasuk program INSAAN...

Manusia ni suka bagi alasan...

post kali ini, ana nak lontarkan pendapat mengenai sambutan hari lahir. memanglah, hari lahir adalah sesuatu yang biasa didengar. Dengan mencapainya umur tertentu kita akan mendapat hadiah. Sebenarnya, kita menang apa lalu diberi hadiah??melainkan apa yang sebetulnya berlaku, kita semakin menghampiri maut!

Tahu pun gerun. Maut ni bukan satu hadiah bagi sang hamba yang masih menjadikan maksiat sebagai hobinya. Malah ia satu musibah yang jika terserempak dengannya , terus saja "game over". no patah-patah balik dah...Alamak bahasa...


Tapi bagi mereka yang rindu akan Sang Kekasih, maut adalah satu perjanjian yang selalu dinanti, setiap malam dia merintih bila akan bertemu dengan Sang kekasih. Bahagianya jadi manusia seperti itu..

Beginilah...oleh kerana sambutan hari jadi ni adat bagi masyrakat kita, kita perlu perhatikan dan harap jangan menyambutnya menyerupai Yahudi pulak...Apa yang dikatakan menyerupai yahudi ialah...kita menyalakan lilin dan ada acara meniupnya. Terus berhajat. OPPSS...ini pengaruh kartun atau filem indonesia.

Cukup sekadar melakukan solat sunat taubat di sepertiga malam atau, jika keluarga nak sambut pun, mintalah ayah buat kenduri doa selamat. Jamu orang kampung atau jiran tetangga makan. Niat untuk bersedeqah dan sebagai kesyukuran kerana masih dikurniakan umur yang panjang setakat hari itu.

Lepas tu, berdoalah supaya umur yang ada berbaki selepas itu digunakan sebaik-baiknya untuk beribadah kepada Allah. Buat kebajikan, sumbangkan tenaga pada masyarakat, sebar dakwah...semoga tergolong dalam golongan para pejuang yang diredhai...

kepada sesiapa yang bakal menyambut hari lahir bulan ini...sama-samalah kita ambil iktibar daripada post kali ini...jika ada yang masih tidak bersetuju pada lontaran kali ini...silakan untuk menekan ruang komentar...mungkin, ana yang dhaif ini terlupa atau, masih mentah kiranya...ana terima...janji, selisih itu dapat dijelaskan dan dicari kata putusnya dalam suasana yang harmoni...

jazakallahu khairan kerana membaca...
2 Responses
  1. Unknown Says:

    boikot insaan..hehe


  2. Pena_Daie Says:

    Apa kaitan dengan post???