Petua Hafal Quran

Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran



Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran di
dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud,

"Those who recite the
Book of Allah, establish regular prayer, and spend (in charity) out of
what
We have provided for them, secretly and openly, hope for commerce that
will
never fail".

Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan: Rasullullah SAW telah
bersabda, "The one who was devoted to the Qur'an will be told on the
Day
of
Resurrection:


'Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when
you
were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." [Abu
Dawud and At-Tirmidhi].





Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh
orang-orang
yang menghafal sebahagian ataupun seluruh daripada al-Quran. Sebahagian
para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebut bahawa jumlah
tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam
al-Quran


dan seorang muslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu
ayat yang beliau telah menghafalnya.



Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan bahawa
rasullullah SAW bersabda, "The best amongst you is the one who learns
the
Qur'an and teaches it." [Al-Bukhari]. Berikut disenaraikan beberapa
petua
untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.


a) Pertama, mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat
kerana
sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Quran
bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya
yang
terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk
menghafal dengan baik. Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan
bertaubat akan segala dosa-dosanya.


b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang
akan
diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas. Mintalah
bantuan
Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal
ayat-ayat suciNya.


c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa
hari)
untuk menghafal ayat-ayat Quran. Masa yang paling baik adalah pada
waktu

yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.


d) Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal. Ini
membantu
minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka
surat ayat yang kita ingin hafal.(mind snapshot)

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita. Ramai
yang
menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir (bermula
dengan
juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)


f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita
gemar
membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa
dan
sudah pula ingat sebahagiannya.


g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita
menghafalnya.
Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan
kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun,
walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,
Insya

Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia
kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang
menghafalnya jika kita mahu.


h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam
solat-solat
sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu, mintalah bantuan rakan-rakan
ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu.


i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik
apatah
lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama
lain. Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di
antara
anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan
baik.



Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan-jalan yang
diredhainya..Ameen.Wallahu'alam



sumber: 's email inbox..
0 Responses