ada apa dengan_ H-A-R_-A-K-_A-H?

dipetik daripada>

Harakahdaily
Thu | Apr 30, 09 | 11:41:31 am MYT

Kami pertubuhan-pertubuhan NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi.
Iklan




Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

Perbicaraan ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil.

Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak.

Kami ingin merayu semua pihak yang berkenaan dan pihak yang mempunyai kepentingan supaya jangan mengambil kesempatan dan memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Sehingga keharmonian undang-undang dapat dipersetujui, PEMBELA meminta semua pihak menghormati undang-undang syariah dan undang-undang sivil.

PEMBELA tetap mematuhi ajaran Islam dan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela hak-hak orang Islam dan masyarakat Malaysia secara umumnya secara adil dan saksama.

PEMBELA sedang menjalankan kajian mendalam berkaitan konflik undang-undang syariah dan sivil dan bersedia mencari penyelesaian dengan mana-mana pihak.

Dalam menangani sebarang konflik membabitkan perundangan syariah dan sivil, PEMBELA menyarankan satu penyelesaian jangka panjang harus diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak terbabit.

Sebarang perbezaan pendapat harus disalurkan menerusi proses perbincangan ilmiah membabitkan pelbagai pihak agar semua perbezaan ini dapat diselesaikan serta tidak menjejaskan kestabilan negara.

Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum.

Kenyataan Media
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
29 April 2009 / 4 Jamadil
awal 1430. - mr_



Ana nak ulas sedikit pasal kebanyakan mahasiswa, kenapa ada yang rasa membaca HARAKAH ini satu kesalahan??

sedangkan kita tidak boleh berpegang hanya kepada satu sumber maklumat sahaja. Media massa masa kini sangat banyak dan mempunyai kepentingan yang tersendiri dan konsep tersendiri. Sebagai mahasiswa ISLAM, seharusnya kita melihat media masa yang berunsukan ISLAM agar kita dapat kekal di atas landasan ISLAM, bukan berada di atas landasan yang lain dari ini.

Jika kita berkeyakinan yang HARAKAH hanya membawa mesej yang berkepentingan politik semata, mata sahlah mata hati kita telah terkeliru dengan teruk. Manakan sama perjuangan yang berunsurkan ISLAM dengan selain itu?

Matlamat hidup kita jelas, kita mahu tinggikan kalimah Allah di muka bumi ini, jadi sudah semestinya kita perlu bermujahadah untuk cari wadah yang terbaik untuk waqi' kita , malaysia.

Pada pendapat ana yang dhaif lagi lemah ini, kita setakat ini tidak dibolehkan mengangkat senjata untuk menyebarkan Islam sebagai mana Rasulullah SAW dulu, kita belum ada kuasa untuk menakluki negara-negara lain...Apa lagi untuk ISLAM bertapak di negara ini dengan menjalankan semua syariat Allah yang telah diperintahkan. Terimalah hakikat , negara kita belum lagi menjalankan sistem ISLAM yang syumul itu..kalau ya, buktikan!

Mungkin kita perlu post yang khas untuk sirah Kekasih Allah yang agung ini...
selagi ada kudrat, ana akan usahakan.

Semua yang pernah berlaku pada zaman kebangkitan Islam merupakan pedoman untuk kita...walau pada hakikatnya, kita ummah akhir zaman yang mana Islam itu akan kembali gharib(ganjil)...Tapi, jadilah dalam kalangan yang ganjil, kerana dengan itu, kita akan jadi orang-orang yang beruntung...insya ALLAH!!!
TAKBIR!!

Info Mahasiswa

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET
KEBAIKAN



Mesej terlalu cepat.
Menyokong multimedia atau hypermedia.
Boleh berkomunikasi secara global.
Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.
KEBURUKAN



Kurang kepastian maklumat tepat.
Banyak perubahan disaat akhir perancangan.
Bahan perlu ditapis.
Interaksi subversif tidak terkawal.
Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
Penggodaman mudah berlaku.
Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.
KEPENTINGAN INTERNET



Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.
Kebaikan Internet

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .





Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Keburukan Internet

Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.

Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :

Medium penyebaran dakyah jahat



Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian ini yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.
Pornografi



Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat. \

SEMBILAN GOLONGAN SOLAT

SEMBILAN GOLONGAN SOLAT

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat
islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak
tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau
tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik
(pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara
zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,
main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun
secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang
sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa
besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah
Taala.


Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan
tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan
nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka
ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa
dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh
kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah,
bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
sembahyang.Orang ini jatuh fasik.


Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya
tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu
bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,
fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya
pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan
tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi
fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai
dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.


Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup
lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan
sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya
masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana
faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini
dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan
yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam
sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala
lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam
sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan
seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka
insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta
fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan
didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap
mulhamah
(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih
tak
terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada
Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan
diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga
Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai
sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi
kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.


Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang
tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap
lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak
terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang
difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti
perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah
didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut
orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh
tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja
faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,
malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan
fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya
pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai
dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan
dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar
dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah
dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah
golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang
hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang
tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja
ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang
malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.
Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia
yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia
telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk
hatinya. Ini
dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali
ketika
panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia
lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan
sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,
sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan
tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya
langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi
disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya
hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut
golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang
itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di
tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh
membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari
yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan
mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak
yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.
Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain
jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah
diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.
Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di
akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan
dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga
tertegak kembali daulah Islam.

Yang baik dari ALLAH yg buruk dari diri ana sendiri...
Wassalam

BAHAYA GELAK KETAWA

BAHAYA GELAK KETAWA

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak
tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud
meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah
S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka
melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya.
Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa
berbahak- bahak adalah makruh.

Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa
kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak
menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia
mereka akan banyak tertawa di syurga.

Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang
menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-

(1) Kerana memikirkan akhirat

(2) Kesibukan mencari keperluan hidup

(3) Risau memikirkan dosa

(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak
banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang
Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. "Sesiapa
yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis
ketika akan masuk neraka."

Dalam satu riwayat yang lain, dikemukakan bahawa Imam Abu
Hanifah pernah tertawa satu kali apabila dia menang berdebat
dengan Amr bin Abaid Alqadari (seorang bermazhab Qadariah yang
tidak percaya kepada takdir Allah). Selepas tertawa, Imam Abu
Hanifah sangat menyesal lalu berkata: "Engkau berbicara
tentang ilmu, aku tertawa, maka aku tidak akan berkata-kata
kepadamu untuk selama-lamanya, maka aku sangat menyesal, sebab
andainya aku tidak tertawa nescaya aku dapat menundukkannya
dengan kefahamanku, sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu."

Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan bergelak tertawa akan
mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Sabda Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud: "Dan siapa yang meninggalkan senda
gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan
tertawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak
menginginkan kekayaan orang maka ia dicintai." (Hadis Sahih).

Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata
sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang
lain tertawa.Contohnya ialah seperti berlawak jenaka di mana
seseorang akan berlagak dan mengeluarkan kalimah yang
menyebabkan orang lain tertawa.

Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari beliau berkata:
"Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk
mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T. murka
padanya lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang yang di
sekitarnya, yang tertawa bersamanya. Jika seseorang yang
berkata kalimah yang direda oleh Allah, maka ia mendapat
rahmat dan rahmat Allah itu diperolehi juga oleh orang di
sekitarnya."

Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok
supaya orang lain tertawa, balasannya di akhirat ialah
dimasukkan ke neraka ‘‘Wail’’. Sebagaimana sabda Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud: "Neraka wail itu buat orang yang
bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok- olok supaya
menimbulkan tertawa pada orang ramai, dan neraka wail itu
untuk dia." (Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat
Bahaz bin Hakim).

Dalam Hadis itu Rasulullah S.A.W. mengulang kalimah "neraka
wail itu untuk dia" sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan
kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak tertawa dan
berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat hilai
dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan
sambil tertawa berbahak-bahak menari-nari untuk melalaikan
dia.

Maka itu kita perlu awas daripada bergelak tertawa kerana
perbuatan itu mengandungi lapan bahaya :-

(1) Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna
akal.

(2) Memberanikan orang bodoh kepada kita.

(3) Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan
berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti
telah memuntahkan ilmunya.

(4) Melupakan dosa-dosa yang lalu.

(5) Melupakan mati dan akhirat.

(6) Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan
membekukan hati.

(7) Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita.

(8) Akan banyak menangis di akhirat.

Sabda Baginda saw : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan
melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah
dalam hati".
Mengapa kita masih terleka,
Sedangkan kita di ambang bahaya
Seluruh umat Islam bukan kita saja

Siapa kita dalam situasi ini?
Kita bukan sahaja pemerhati,
Kita perlu bertindak,
Kita perlu memperjuangkan Islam
Bukan harta bukan pangkat

Almaklum kita masih belajar
Namun kerja kita bukan belajar semata
Bukan mengejar kelayakkan kerja sahaja
Namun untuk meninggikan kalimat Allah
Di sinilah permulaannya

Bukan tunggu beranak pinak
Bukan tunggu Yahudi penat
Bukan tunggu kiamat
Bukan pejam sebelah mata
Bukan itu kerja kita
Bukanlah hidup kita untuk dilaknat

Kita perlu melangkah
Bukan berhenti terus,
Jika kita mengaku penolong agama Allah,
Maka lakukanlah ,
Tolonglah agama Allah
Tanpa menjadikan mati sebagai had
Kerana kita tetap akan mati
Cuma , kita boleh pilih mati dalam keadaan jihad atau kufur
Ingatlah qudwah hasanah kita
Jihadnya bukan satu yang ringan
Matinya dalam penuh kerisauan
Harapannya tersandar pada kita untuk teruskan
Semua itu tidak lain tanggungjawab kita
Sebarkan dakwah dan syiar Islam
Jika kita hanya ada suara dan ruang tanpa kuasa
Kita tetap GAGAL.
Kita perlukan kuasa,
Kita perlukan kebebasan ruang
Kita perlu merdeka daripada perhambaan manusia lain
Kita perlu yakin, hanya Allah tempat kita berkhidmat semutlak-mutlaknya
Kenapa menentang sunnatullah,
Kita terlalu bongkak jika mengaku hebat
Mengaku hasil kerja kita adalah terbaik
Tapi Allah jualah yang paling sempurna
Hukum manusia untuk manusia sangat zalim
Itu konklusinya,untuk itu
Hanya satu jalan yang ada
Demi kemenangan Islam,
Khilafah Islam harus ditegakkan
Jahiliyyah wajib dibanteras
Al Quran Sunnah sebagai sumber
Mardhatillah tujuan kita

Pandanglah dunia ini seolah-olah tempat teduh semata
Bukan istana atau rumah
Yang boleh kita menetap didalamnya selama-lamanya
Jadilah khalifah yang sebenarnya!
,

Ada apa HAri iNi??

17 APRIL 2004
Seinfiniti kesyukuran kepada yang Maha Esa yang masih memberi kesempatan kepada ana untuk menggerak- gerakkan jari-jari untuk berjalan dan kadang-kadang berlari pantas menekan papan kekunci keyboard ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,para sahabat dan tidak lupa juga seluruh ahli keluarga Rasulullah.


Hari ini 17 April merupakan hari ulang tahun dimana tidak mampu untuk seorang umat Islam pun lupakan buat selama-lamanya walaupun masa dan dunia berubah.Walaupun pelbagai revolusi dan perubahan yang berlaku namun 17 April tetap menjadi sejarah yang akan sentiasa diingati, disebut-sebut, dan diperkatakan nilai kemuliaan dan kehebatannya.


Apa yang ada pada 17 April? Tarikh yang penuh dengan history ini merupakan tarikh dimana gugurnya seorang lagi as-syahid dimana beliau begitu berani untuk mengukuti jejak langkah as-syahid2 yang lain seperti as-Syahid Hasan al-Banna, as-Syahd Syeikh Ahmad Yassin, As- Syahid Sheikh Bediiuzzaman Said Nursi dan ramai lagi. Insan yang ana maksudkan ini ialah Dr. Abdul Aziz Rantisi, sang doktor pembawa obor jihad. Rantisi ketika menjadi anak kecil telah dikurniakan kepadanya oleh Allah s.w.t dengan kecerdasan akal fikiran.


Beliau merupakan seorang genius pada usia yang kecil lagi. Berbekalkan akal yang bijak ini Rantisi berjaya menjadi seorang doktor dan pernah berkhidmat di Hospital Nasir di Ghaza. Dr.Abdul Aziz merupakan lulusan dari Mesir dan pernah mendapat tarbiah daripada Ikhwanul Muslimin semasa beliau belajar disana. Kepulangannya ke Ghaza bukan hanya untuk menjadi seorang doctor malah membawa fikrah perjuangan Ikhwanul Muslimin iaitu Islam merupakan segala jawapan bagi persoalan – persoalan kepada seluruh permasalahan hidup.


As-Syahid Dr. Abdul Aziz merupakan antara individu- individu yang bertanggungjawab dalam menubuhkan gerakan Islam Hamas selain daripada Syeikh Ahmad Yassin pada tahun 1987.Gerakan Islam Hamas merupakan satu- satunya gerakan di Palestin yang memperjuangkan kepentingan rakyat Palestin berteras dan berpaksikan Al- Quran dan As-Sunnah.Berasaskan aqidah yang mantap lagi kuat, Rantisi dan sahabat- sahabatnya seperti Muhammad Syama’ dan Dr. Ibrahim al-Yazur telah memimpin dan mengajak seluruh rakyat Palestin supaya turun ke medan tempur untuk menentang rejim Israel secara terbuka.


As –Syahid yang mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan rakyat Palestin pada ketika itu telah menimbulkan rasa kebimbingan dan ketakutan kepada rejim Israel. Kesannya pada 4 Februari 1988, Dr Rantisi telah ditahan oleh rejim pengganas dan didakwa diatas tuduhan menyertai aktiviti menentang penjajah Israel lalu dipenjara selama 2 tahun.



Tidak seperti tahanan-tahanan penjara biasa yang lain, Dr Abdul Aziz Rantisi berbeza apabila beliau menggunakan tempoh penahanannya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan dalam proses ini beliau berjaya menghafal 30 juzu’ Al-Quran. Menghafal Al-Quran merupakan cara terbaik baginya untuk mengubat kerinduan pada kebebasan yang telah direnggut oleh mereka yang bergelar binatang, Israel Laknatullah.


Pada 4 September 1990, beliau dibebaskan namun kehidupan Rantisi tidak pernah diintai dan diulit dengan kesenangan dan keselamatan apabila sekali lagi buat kali keduanya pada 14 Disember tahun yang sama beliau telah ditahan sekali lagi.Sesungguhnya perjalanan perjuangan yang penuh onak dan duri ini dilaluinya dengan penuh sabar dan taqwa.



Selepas pemergian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin pada 22 Mac 2004, Dr Abdul Aziz lah individu yang bertanggungjawab mengepalai pimpinan HAMAS yang ketika itu suasana di Palestin penuh dengan kesedihan pabila seluruh rakyat Palestin menangisi pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Mungkin Rantisi tidak sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menakluk kota Constantinople satu ketika dulu namun Rantisi juga tidak kurang hebatnya apabila beliau mampu menakutkan, menggetarkan dan melemahkan Isreal.


Musuh Allah Israel tidak pernah serik dan sentiasa menggunakan peluang-peluang keemasan yang ada untuk menjatuhkan dan menghumbankan Dr.Abdul Aziz Rantisi sebagaimana mereka berjaya membunuh tubuh lemah Syeikh Ahmad Yassin. Dan sekali lagi bumi Palestin dibasahi dengan cairan merah lagi pekat apabila pada 17 April 2004 Dr Abdul Aziz Rantisi dan sahabatnya Akram Nisar dan al-Ghurrah telah pergi dalam keadaan yang paling mulia.

Sahabat- sahabatku diluar sana sesungguhnya aku merindui insan- insan seperti as-Syahid Hasan al-Banna, as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, as- Syahid Sheikh Bediiuzzaman Said Nursi dan Abdul Qader Awdah.Masihkah ada lagi insan- insan seperti ini pada hari ini? Harapanku moga itu adalah aku dan kamu sahabatku …


Nukilan,
Ibnatunalidrisi

Perhatikan apa yang ada dalam makanan kita...

[6:58 PM] *** Call ended ***
[7:31 PM] eyas: BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.



SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

TOP URGENT........ PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.

Bukan Urusan SAya…?

Sebelum kita menjamu minda...sila santap pembuka selera ini...


Pada abad yang ke -11Hijrah, Kerajaan Turki Usmaniah menyaksikan kehebatan seorang ulama besar bernama Syeikh Muhammad Sa’dudin bin Hasan Khan al Tabrizi(wafat 1008H). Ketinggian ilmu dan kekuatan hafalan beliau menjadi sumber kekaguman semua ulama pada masa itu.

Diceritakan bahawa beliau pernah menjawab ratusan permasalahan hokum dan fatwa melalui hafalannya tanpa merujuk kitab terlebih dahulu. Kelebihan ini dikukuhkan lagi dengan kesolehan dan kecerdikan beliau yang luar biasa membuat beliau dipercayai memangku Jabatan Syeikh al Islam (Mufti Negara) yang ke 22 dalam kerajaan Turki Usmaniah.

Pada suatu hari , Khalifah Turki yang bernama Sultan Ahmad 1 mengirim sepucuk surat rasmi kepada Syeikh Sa’didin untuk bertanya, “Apa kekurangan yang terdapat di negara ini (sehingga kita mengalami kemunduran dan kekalahan dari musuh) padahal Allah menjanjikan kemenangan bagi umat Islam?”

Syeikh bijak ini segera menulis dalam jawapannya, “Bukan urusan saya.”

Sultan Ahmad spontan marah besar membaca jawapan tersebut. Ia menyangka bahawa Syeikh Sa’dudin mengabaikan pertanyaan penting ini.

Baginda segera memerintahkan Syeikh Sa’dudin menghadap segera, lalu memarahinya dengan sangat keras. Ia berkata, “Mengapa tuan mengabaikan pertanyaanku?Beraninya tuan berkata’bukan urusan saya’ untuk suatu masalah yang sangat penting ini?”

Dengan tenang, sang mufti menjelaskan,

“Saya tidak mengabaikan pertanyaan tuanku, sebaliknya saya menjawab pertanyaan tersebut dengan sangat teliti. Kalimat ‘Bukan urusan saya’ inilah penyebab utama kemunduran umat Islam. Jika setiap individu – daripada pemerintah ataupun rakyat biasa – bersikap mementingkan diri sendiri, dan berkata ‘bukan urusan saya’ setiap kali berhadapan dengan masalah umat, maka kemunduran demi kemunduran , an kekalahan dan kekalahan akan menimpa umat Islam secara berterusan”

Memahami penjelasan Syeikh yang penuh bermakna , Sultan Ahmad menjadi malu. Beliau segera meminta maaf kepada Syeikh Sa’dudin dan memberinya banyak hadiah.


Alhamdulillah...dah kenyang semuanya?

mari kita menjamu minda pula...

Kata Ibnu Khaldun...

"sebaliknya, jika Allah hendak meruntuhkan suatu bangsa, maka Allah akan membiarkan penduduk bangsa itu melakukan perbuatan-perbuatan tercela dan menelusuri jalan-jalan keburukan, sehingga hilanglah keutamaan politik daripada mereka sama sekali. Mereka akan terus mundur hingga beralih kepada bangsa lain...kajilah bangsa-bangsa besar dalam sejarah, anada akan membuktikan kebenaran ucapan kami ini."


Ucapan ini terbukti kebenarannya dalam masyarakat islam.Posisi terhormat yang dinikmati oleh kaum muslimin selama berabad-abad itu mulai hilang dan berpindah ke bangsa lain, sejak lahirnya bidaah 'egoisme' dalam generasi baru umat Islam.

Dan pernah seorang sahabat nabi Abdullah bin Umar berkata,

"Pernah datang kepada kami suatu masa di mana setiap orang tidak pernah merasa lebih berhak terhadap wang dinar dan dirhamnya daripada saudara seislamnya. Namun pada masa kini , Dinar dan Dirham lebih dicintai seseorang daripada saudaranya sendiri." (riwayat al bukhari dalam al adab al mufrad)

Hah...sanggup lagi untuk makan makanan yang seterusnya? Apa guna kita makan jika selepas ini hanya di'simpan' ke 'tempat'nya. Rasanya cukup setakat ini jika kita meneruskan berfikir atau bertafakkur itu lebih baik. kerana selepas itu kita akan melihat jalan yang sepatutnya kita ambil.

Hindari berfikir tanpa melakukan tindakan selepas itu, ditakuti tindakan kita seperti menyembunyikan kebenaran dan apabila umat kita ditimpa musibah, kita akan dapat saham kerana tidak berijtihad untuk menyelamatkannya!

Khulasotul Qoul...

Hentikan ucapan 'Bukan Urusan Saya'!, kerana selagi kita bernama muslim @muslimah dibahu kita ada terpikul amanah ini tanpa kita boleh berkompromi.

LEpas ni try baca surah At Taubah ayat 24. ..semoga timbul di hati-hati kita secebis kegerunan untuk terus meneruskan tabiat lama kita dengan berdiam diri dan hanya melihat.

Isu Semasa.

Pertama-tama kalinya...pentingkan Isu semasa ini ? Kalau jawapannya betul, penting, maka sebagai mehasiswa bukan angguk sahaja tapi kaku. Maka oraklah langkah untuk menjadi seorang yang pertama mengetahui semua isu semasa yang berlaku di dunia, ini paling tidak di dalam negara, paling tidak di negeri yang tercinta ...jangan samapai keluarga kita sendiri pun kita tak tahu...parah tu...

Isu semasa ni meliputi semua aspek...

isu politiknya, ekonomi, sosial dan agama...

maka mahasiswa yang rasa dirinya tidak perlu tahu pasal politiklah contohnya maka dialah yang paling tertinggal...begitu juga kalau dia tidak mahu ambil tahu salah satu selain aspek di atas.

Sedangkan Allah telah menyuruh kita mengambil tahu setiap yang berlaku agar kita mengambil pengajaran. Apa dalilnya, saya minta jasa baik sahabat yang tahu...kongsilah dengan kami...


Bahaya juga bagi kenyataan tanpa dalil ni...bermakna itu kelemahan yang perlu di atasi. Nasihat ini untuk semua.

Kesimpulannya, sebagai mahasiswa yang bakal mengganti pucuk pimpinan negara, kuasailah isu semasa dengan mengarusperdanakannya, jangan kita sahaja yang tahu tapi sahabat kita tak tahu...di sini bolehlah kita menjadi reparter tak rasmi...cuma jangan buat ketupat sudah,...fahamkan?


Kalau dah faham, amalkan apa yang kalian rasa perlu dibuat. Mungkin ada pandangan lain...silalah komen...

wallahualam

Minda Mahasiswa

Sebagai mahasiswa, ana terfikir juga...kita ni ada banyak tanggungjawab. Betulkan?

Namun, kita tidak seharusnya hanya blaja semata-mata. Kita harus buat sesuatu yang kita boleh banggakan bila dah tua nanti. elah bila da tua, kita mesti akan dikelilingi oleh cucu-cucu kita. ha...mase tulah kita akan perah otak yang dah lemah nanti untuk ingat kembali apa yang kita telah lalui, lebih kurang sharing moment lah...eh, apa pula untuk anak cucu, untuk anak la yang terdkat. Tapi, kalau kita hanya dok blaja je..bangun, p kuliah, makan, solat(kalu solatlah)...p kuliah lagi...cukup kah untuk dorang dengar itu saja?

tapi surely..mesti dorang tak berminat...jadi, sebelum tua ni...ciptalah sejarah...!


Lalu sejarah yang bagaimana yang kita akan buat? Itu kita yang akan pilih, boleh terima?

sama ada kita mahu jadi seorang mahasiswa yang berguna atau tidak pada agama , masyarakat, keluarga dan negara...

Yang pelikkan, ramai je yang berminat untuk tolak 'berguna untuk agama' ni...kenapa ye?


Kalaulah kita kena bagi pilihan, enjoy atau berdakwah..rasa-rasa kita akan pilih apa?tepuk dada tanya iman..

baiklah, kalau kita pilih enjoy...

Kita boleh enjoy sampai mana ye?sampai meninggal ke? HEHE...takkanlah kan..Em..mungkin sampai jadi graduate. K, kita anggap begitu lah...lalu apa jenis 'enjoy' kita tu? Ada kawan yang boleh bawa shoping setiap hujung minggu?pegi clubbing
, karaoke setiap malam kot?

Difenisi enjoy banyak lah...yalah, betulah banyak..mungkin ada je yang cakap kalau nak enjoy tidak semestinya buat perkara yang tak baik, ada juga yang baik...duduk depan friendster berjam-jam...chatting dengan rakan-rakan,paling tidak pun mesti ada boyfriend, mesti ada girlfriend.

Okey, pandai-pandailah fikir apa yang kita buat sendiri...right or not.

Kalau kita pilih berdakwah pula...kita nak guna wasilah apa yerk?mestilah ikut hadith nabi, kalau mampu guna tangan...kalau tidak, guna lidah, kalau tidak gunalah hati...maka itulah selemah-lemah iman.

Siapa sasaran kita?

pertama golongan yang berfikiran begini mesti ingat keluarganya, baru rakan-rakannya, baru..masyarakatnya...baru negaranya..Eh betul ke?

Tapi kia tidak sedar kita perlu sangat tarbiyah yang mantap dan tersusun, baru dapat jadi daie yang mantop. Daie ni bukan orang biasa, dia mesti ada satu background yang terkehadapan dalam bidang agama, setuju tak kalau ana kata begitu?

Tapi yang tidak dapat disangkal lagi, daie mesti menjaga tingkah laku akhlaknya..jika tidak dia boleh jadi fitnah kepada islam..

Baiklah, jika ada kesempatan lain...ana akan cuba letak dalil...

SAlam Mahabbah Buat Semua

Langkah yang semakin kencang ini di susun selepas mendapat lampu hijau untuk meneruskan perjuangan.... Kali ini, muncul sebuah kamus yang seolah-olah berada di atas langit, tapi bukan kerajaan Ayah Pin tuuu...

Selama mana jasad ini wujud, akan dipastikan wadah ini berfungsi dengan baik dan terus memberikan panduan kepada semua ...terutama generasi yang ketiga penting dalam struktur masyarakat ini ...

Masa depan Islam terletak pada tangan kita walaupun kita tahu waktu itu masih jauh, namun, langkah hari ini adalah penanda aras pencapaian Islam pada masa hadapan. Jatuh bangunnya Islam, terpulang pada pembelanya...yang tergolog dalam kalangan khalifah Allah ini...

Anjakan paradigma harus dicetuskan demi mencapai sebarang kejayaan. Kebetulan Allah suka akan mereka yang berusaha, namun, disebalik kita berusaha, kita perlu melalui jalan yang tepat, bukan hanya betul.

Sesekali ini ditegaskan ilmu memainkan peranan penting dalam merealisasikan hadaf ini. Maka...pastikan pelajaran tidak terabai ketika bergerak seiring dengan perjalanan dakwah.


Sesungguhnya perniagaan yang paling menguntungkan adalah...Jihad fi sabilillah...Walau dengan harta ataupun nyawa..

(assaff 11)

Tasyji'

Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti mendefinisikan jihad ialah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinngikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam. Sabda Nabi : "Sesiapa mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak berniat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan mati jahiliah".


Wahai sahabat!Ingatlah jalan yang kita pilih inin adalah jalan jihad. Jihad untuk menegakkan maruah dan gaya hidup berteras agama islam yang murni. Jihad kita ialah menentang sesiapa yang mengingkari agamaNya dan menyeru umat manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jihad bagi mahasiswa pula ialah mengorbankan masa, tenaga, dan harta benda untuk memenangkan agama Allah di dalam dan luar kampus.


Wahai sahabat mahasiswa! Marilah kita menegakkan kerajaan Allah di muka bumi ini, melaksanakan syariah undang-undang Allah, merebut kembali kekuasaan Alah daripada tangan manusia yang durjana yang berani merampas hak-hak Allah. Usaha memansuhkan undang-undang bikinan manusia tidak akan berjaya jika hanya setakat bertabligh, berpidato, dan ceramah penerangan sahaja. Kita haruslah bangkit membantu gerakan islam dalam membebaskan umat manusia daripada pengabdian sesama manusia dengan mewujudkan pemerintahan berpandukan syariat Islam.


Wahai sahabat mahasiswa sekalian! Ranjau berduri harus kita terima dengan redha dan sabar. Bagi menguatkan semangat dan jiwa, marilah kita nyalakan pelita perjuagan, marilah kita menyemak dan mengkaji serta mengambil iktibar daripada sirah nai, para sahabat dan pemipin haraki untuk menghadapi musuh yang bertuhan material.


Lihatlah Sayyid Qutb hanya seorang penulis tetapi ditakuti oleh pemerintah sekular Mesir. Akibatnya ia dihukum gantung tetapi baginya kematian hanya satu perjalanan untuk menuju matlamatnya. Matlamat Sayyid Qutb mnemui kekasih yang merinduinya di taman-taman syurga. Ayuh sahabat! Mari bersama menegak Islam di kampus dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Perjuagan kita adlah jihad!

Ku Inginkan Tanah Airku Sebegini

Ku Inginkan Tanah Airku Sebegini
Posted by Legendary at 11:14


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis.

Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detik hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kema dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa." Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan.

"Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia Mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana?

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

"Ada tak restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum.

"Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah.... " Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.

"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.

"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.

"Ya ! Apa peliknya?"

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita..keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik.

"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.

"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakitkencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.

"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya. ...."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.

"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF.

Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA

Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya.

Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu Ayat suci Al-Quran a...

"Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema ....

Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah..."

Datuk Dr. Johar makin geram.Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr. Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar.

"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..."

"Habis, mereka mahu apa?" "Mereka mahu Islam, Datuk!"

"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar.

Digosok-gosok lagi matanya.