selamat bercuti !

assalamualaikum wbt.

post kali ini khas untuk mengucapkan selamat bercuti untuk semua.
walaupun agak terlambat sedikit, tapi tak mengapa ya! masih lagi dalam cuti kan.. =)

selepas berpenat lelah menuntut ilmu, Allah beri pula kita sedikit kesenangan daripada serpihan-serpihan rahmat-Nya agar kita ini punya ruang buat merehatkan sedikit diri ini. walau tidaklah rehat yang sesungguh-sungguhnya rehat kerana masing-masing ada tuntutan kerja yang tersendiri, diri ini mahu mengingatkan agar sahabat-sahabat semua memanfaatkan musim cuti yang singkat ini sepenuhnya. buat yang sudah lama bercuti selama hampir 3 bulan itu, mesti tak sabar mahu pulang berjuang dengan buku-buku kan? harap-harapnya begitulah.jadilah pemuda-pemudi yang cintakan perjuangan dijalannya, mahupun perjuangan dengan buku-buku yang menimbun kerana itulah pemuda harapan agama.insyaAllah.

maka, peringatan buat semua sekali lagi, manfaatkan cuti ya! =)
0 Responses