Selamat hari GURU...=)


Ana pun macam orang lain jugak...ada cikgu..
Jadi pada kesempatan ini ...bukan kali ini saja , perasaan nak ucap terima kasih tu sentiasa ada.

Ana bersyukur sebab dengan ilmu yang mereka curahkan, ana dapat jadi manusia . Manusia yang tahu membaca, menulis, dan mengira.

Ana dapat belajar ke IPTA pun atas galakan mereka semua. BAngganya ada guru seperti mereka semua.

Pengalaman tinggal asrama selama 5 tahun ana rasa macam tinggal kat umah ...Bila dah melanjutkan pelajaran di IPTA rasa rumah yang wajib pulang ke sekolah bukan di kampung...sampai tahap itu sekali..

Alhamdulillah...

lagi satu, ana dulu pengawas...bila dah rapat dengan cikgu2...tolong jangan sakitkan hati mereka, sebabnya...kita akan sangat terasa dengan kemarahan mereka.

Pengalaman pahit ana dulu itulah...bila cikgu kesayangan ana marah pada ana, atas bukan kesalahan ana. Tapi, antara dua hati cikgu yang perlu dijaga...

antara warden, dan mentor..

ok..tutup cerita, kurang macho pulak cerita bende2 sedih ni.


Hm...pengalaman yang paling best bila lepas kita bergelar ex-student pun para guru kita masih ingat kita,...ana sendiri sampai tahap mereka nak ana balik ke sekolah tu ganti mereka. huu...


Hem...apa lagi...yang pentingnya...nak kata kat sini, guru-guru kita bukan benci kita kalau kita jaga tingkahlaku kita, jaga adab dengan mereka, dan tidak melakukan perkara yang mereka benci. Takut kebencian mereka akan mempengaruhi keseluruhan hidup kita...sepanjang hayat...


Bila dah jadi mahasiswa pula, kena jaga hati lecturer...Walaupun kita dah bergelar pelajar IPTA, MAHASISWA, bukan bererti kita dah bole pijak kepala pensyarah...hm...taraf mereka sama dengan guru...berkat restu mereka amat penting.

kesimpulannya, sempena hari guru, dan pada hari2 kita jumpa mereka, atau tak jumpe mereka ..doakanlah mereka...mereka tidak memerlukan hadiah, tapi...mereka mahu melihat anak didik mereka berjaya dan jadi orang yang berguna.

Doa yang kita panjatkan adalah hadiah yang paling spesel...yang tidak perlu mereka minta, tapi kita tetap memberinya...

salam mahabbah buat semua pembaca budiman...
0 Responses