Bukan Urusan SAya…?

Sebelum kita menjamu minda...sila santap pembuka selera ini...


Pada abad yang ke -11Hijrah, Kerajaan Turki Usmaniah menyaksikan kehebatan seorang ulama besar bernama Syeikh Muhammad Sa’dudin bin Hasan Khan al Tabrizi(wafat 1008H). Ketinggian ilmu dan kekuatan hafalan beliau menjadi sumber kekaguman semua ulama pada masa itu.

Diceritakan bahawa beliau pernah menjawab ratusan permasalahan hokum dan fatwa melalui hafalannya tanpa merujuk kitab terlebih dahulu. Kelebihan ini dikukuhkan lagi dengan kesolehan dan kecerdikan beliau yang luar biasa membuat beliau dipercayai memangku Jabatan Syeikh al Islam (Mufti Negara) yang ke 22 dalam kerajaan Turki Usmaniah.

Pada suatu hari , Khalifah Turki yang bernama Sultan Ahmad 1 mengirim sepucuk surat rasmi kepada Syeikh Sa’didin untuk bertanya, “Apa kekurangan yang terdapat di negara ini (sehingga kita mengalami kemunduran dan kekalahan dari musuh) padahal Allah menjanjikan kemenangan bagi umat Islam?”

Syeikh bijak ini segera menulis dalam jawapannya, “Bukan urusan saya.”

Sultan Ahmad spontan marah besar membaca jawapan tersebut. Ia menyangka bahawa Syeikh Sa’dudin mengabaikan pertanyaan penting ini.

Baginda segera memerintahkan Syeikh Sa’dudin menghadap segera, lalu memarahinya dengan sangat keras. Ia berkata, “Mengapa tuan mengabaikan pertanyaanku?Beraninya tuan berkata’bukan urusan saya’ untuk suatu masalah yang sangat penting ini?”

Dengan tenang, sang mufti menjelaskan,

“Saya tidak mengabaikan pertanyaan tuanku, sebaliknya saya menjawab pertanyaan tersebut dengan sangat teliti. Kalimat ‘Bukan urusan saya’ inilah penyebab utama kemunduran umat Islam. Jika setiap individu – daripada pemerintah ataupun rakyat biasa – bersikap mementingkan diri sendiri, dan berkata ‘bukan urusan saya’ setiap kali berhadapan dengan masalah umat, maka kemunduran demi kemunduran , an kekalahan dan kekalahan akan menimpa umat Islam secara berterusan”

Memahami penjelasan Syeikh yang penuh bermakna , Sultan Ahmad menjadi malu. Beliau segera meminta maaf kepada Syeikh Sa’dudin dan memberinya banyak hadiah.


Alhamdulillah...dah kenyang semuanya?

mari kita menjamu minda pula...

Kata Ibnu Khaldun...

"sebaliknya, jika Allah hendak meruntuhkan suatu bangsa, maka Allah akan membiarkan penduduk bangsa itu melakukan perbuatan-perbuatan tercela dan menelusuri jalan-jalan keburukan, sehingga hilanglah keutamaan politik daripada mereka sama sekali. Mereka akan terus mundur hingga beralih kepada bangsa lain...kajilah bangsa-bangsa besar dalam sejarah, anada akan membuktikan kebenaran ucapan kami ini."


Ucapan ini terbukti kebenarannya dalam masyarakat islam.Posisi terhormat yang dinikmati oleh kaum muslimin selama berabad-abad itu mulai hilang dan berpindah ke bangsa lain, sejak lahirnya bidaah 'egoisme' dalam generasi baru umat Islam.

Dan pernah seorang sahabat nabi Abdullah bin Umar berkata,

"Pernah datang kepada kami suatu masa di mana setiap orang tidak pernah merasa lebih berhak terhadap wang dinar dan dirhamnya daripada saudara seislamnya. Namun pada masa kini , Dinar dan Dirham lebih dicintai seseorang daripada saudaranya sendiri." (riwayat al bukhari dalam al adab al mufrad)

Hah...sanggup lagi untuk makan makanan yang seterusnya? Apa guna kita makan jika selepas ini hanya di'simpan' ke 'tempat'nya. Rasanya cukup setakat ini jika kita meneruskan berfikir atau bertafakkur itu lebih baik. kerana selepas itu kita akan melihat jalan yang sepatutnya kita ambil.

Hindari berfikir tanpa melakukan tindakan selepas itu, ditakuti tindakan kita seperti menyembunyikan kebenaran dan apabila umat kita ditimpa musibah, kita akan dapat saham kerana tidak berijtihad untuk menyelamatkannya!

Khulasotul Qoul...

Hentikan ucapan 'Bukan Urusan Saya'!, kerana selagi kita bernama muslim @muslimah dibahu kita ada terpikul amanah ini tanpa kita boleh berkompromi.

LEpas ni try baca surah At Taubah ayat 24. ..semoga timbul di hati-hati kita secebis kegerunan untuk terus meneruskan tabiat lama kita dengan berdiam diri dan hanya melihat.
0 Responses