Ada apa HAri iNi??

17 APRIL 2004
Seinfiniti kesyukuran kepada yang Maha Esa yang masih memberi kesempatan kepada ana untuk menggerak- gerakkan jari-jari untuk berjalan dan kadang-kadang berlari pantas menekan papan kekunci keyboard ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,para sahabat dan tidak lupa juga seluruh ahli keluarga Rasulullah.


Hari ini 17 April merupakan hari ulang tahun dimana tidak mampu untuk seorang umat Islam pun lupakan buat selama-lamanya walaupun masa dan dunia berubah.Walaupun pelbagai revolusi dan perubahan yang berlaku namun 17 April tetap menjadi sejarah yang akan sentiasa diingati, disebut-sebut, dan diperkatakan nilai kemuliaan dan kehebatannya.


Apa yang ada pada 17 April? Tarikh yang penuh dengan history ini merupakan tarikh dimana gugurnya seorang lagi as-syahid dimana beliau begitu berani untuk mengukuti jejak langkah as-syahid2 yang lain seperti as-Syahid Hasan al-Banna, as-Syahd Syeikh Ahmad Yassin, As- Syahid Sheikh Bediiuzzaman Said Nursi dan ramai lagi. Insan yang ana maksudkan ini ialah Dr. Abdul Aziz Rantisi, sang doktor pembawa obor jihad. Rantisi ketika menjadi anak kecil telah dikurniakan kepadanya oleh Allah s.w.t dengan kecerdasan akal fikiran.


Beliau merupakan seorang genius pada usia yang kecil lagi. Berbekalkan akal yang bijak ini Rantisi berjaya menjadi seorang doktor dan pernah berkhidmat di Hospital Nasir di Ghaza. Dr.Abdul Aziz merupakan lulusan dari Mesir dan pernah mendapat tarbiah daripada Ikhwanul Muslimin semasa beliau belajar disana. Kepulangannya ke Ghaza bukan hanya untuk menjadi seorang doctor malah membawa fikrah perjuangan Ikhwanul Muslimin iaitu Islam merupakan segala jawapan bagi persoalan – persoalan kepada seluruh permasalahan hidup.


As-Syahid Dr. Abdul Aziz merupakan antara individu- individu yang bertanggungjawab dalam menubuhkan gerakan Islam Hamas selain daripada Syeikh Ahmad Yassin pada tahun 1987.Gerakan Islam Hamas merupakan satu- satunya gerakan di Palestin yang memperjuangkan kepentingan rakyat Palestin berteras dan berpaksikan Al- Quran dan As-Sunnah.Berasaskan aqidah yang mantap lagi kuat, Rantisi dan sahabat- sahabatnya seperti Muhammad Syama’ dan Dr. Ibrahim al-Yazur telah memimpin dan mengajak seluruh rakyat Palestin supaya turun ke medan tempur untuk menentang rejim Israel secara terbuka.


As –Syahid yang mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan rakyat Palestin pada ketika itu telah menimbulkan rasa kebimbingan dan ketakutan kepada rejim Israel. Kesannya pada 4 Februari 1988, Dr Rantisi telah ditahan oleh rejim pengganas dan didakwa diatas tuduhan menyertai aktiviti menentang penjajah Israel lalu dipenjara selama 2 tahun.



Tidak seperti tahanan-tahanan penjara biasa yang lain, Dr Abdul Aziz Rantisi berbeza apabila beliau menggunakan tempoh penahanannya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan dalam proses ini beliau berjaya menghafal 30 juzu’ Al-Quran. Menghafal Al-Quran merupakan cara terbaik baginya untuk mengubat kerinduan pada kebebasan yang telah direnggut oleh mereka yang bergelar binatang, Israel Laknatullah.


Pada 4 September 1990, beliau dibebaskan namun kehidupan Rantisi tidak pernah diintai dan diulit dengan kesenangan dan keselamatan apabila sekali lagi buat kali keduanya pada 14 Disember tahun yang sama beliau telah ditahan sekali lagi.Sesungguhnya perjalanan perjuangan yang penuh onak dan duri ini dilaluinya dengan penuh sabar dan taqwa.



Selepas pemergian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin pada 22 Mac 2004, Dr Abdul Aziz lah individu yang bertanggungjawab mengepalai pimpinan HAMAS yang ketika itu suasana di Palestin penuh dengan kesedihan pabila seluruh rakyat Palestin menangisi pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Mungkin Rantisi tidak sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menakluk kota Constantinople satu ketika dulu namun Rantisi juga tidak kurang hebatnya apabila beliau mampu menakutkan, menggetarkan dan melemahkan Isreal.


Musuh Allah Israel tidak pernah serik dan sentiasa menggunakan peluang-peluang keemasan yang ada untuk menjatuhkan dan menghumbankan Dr.Abdul Aziz Rantisi sebagaimana mereka berjaya membunuh tubuh lemah Syeikh Ahmad Yassin. Dan sekali lagi bumi Palestin dibasahi dengan cairan merah lagi pekat apabila pada 17 April 2004 Dr Abdul Aziz Rantisi dan sahabatnya Akram Nisar dan al-Ghurrah telah pergi dalam keadaan yang paling mulia.

Sahabat- sahabatku diluar sana sesungguhnya aku merindui insan- insan seperti as-Syahid Hasan al-Banna, as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, as- Syahid Sheikh Bediiuzzaman Said Nursi dan Abdul Qader Awdah.Masihkah ada lagi insan- insan seperti ini pada hari ini? Harapanku moga itu adalah aku dan kamu sahabatku …


Nukilan,
Ibnatunalidrisi
0 Responses