Dah Jadi mahasiswa ea?


Salam ukhuwah buat pembaca setia dan pengikut setia blog ini, pertama-tama ana memohon maaf meninggalkan kalian buat sekian lama..

Untuk semester yang terbaru ini, ana terpanggil untuk menconteng sedikit lakaran tulisan, yang semestinya bukan cakar ayam, sebab ni digital..hehe

Ana suka mengalu-alukan kedatangan para mahasiswa yang telah menjadi mahasiswa di kampus-kampus seluruh malaysia. Nampaknya kalian telah berjaya melalui fasa alam sekolah menengah. Sudah semestinya kalian terasa asing dengan alam kampus, bukan?Alam kampus ni memang misteri. kalau kita dapat petunjuk dan ada peta untuk mengharungi misteri ini, insya Allah selamat sampailah ke destinasi yakni mardhatillah.

Ingin ana kongsi satu pesanan pensyarah ana, dia kata, ramai manusia yang tersalah letak tujuan pembelajarannya. Ada yang mahu masuk Universiti, supaya mudah dapat kerja...supaya dapat hidup senang...sebagai matlamat ...ada juga yang ingin merealisasikan cita-cita, mahu jadi wellknown person...sedangkan dia tahu semua itu Allah da tetapkan...itu kerja Allah...maka sekarang marilah kita perbetulkan niat..kita nak belajar ni untuk kenal Allah...walau apa pun subjek, kos , semua tu untuk kita kenal Allah..

Analogi menarik yang ustaz bagi, dia sebut perkataan "Al-'Alamin" bermaksud alam dan "Al-'Ilmu" bawa maksud ilmu/pengetahuan. kedua-dua perkataan ni, ada kaitan dan saling ada kena mengena..maksudnya, dari segi bahasa arab, kedua-dua kalimah ini berasal dari kata dasar yang sama, bilangan huruf yang sama, huruf-huruf yang sama. Dan secara istilahnya, bukankah alam ni perlu diterokai dengan ilmu? maka bilamana kita kenal akan alam, secara tidak langsung kita akan kenal siapa penciptanya...di sinilah tahap yang paling indah sekali. mengenali Tuhan Sekalian Alam semestinya akan menambah keimanan dan katakwaan..dan ini kewajipan seorang manusia. Bila semua itu terjadi, hal dunia hanyalah sebagai jambatan baginya untuk ke akhirat. Semua tawaran kesenangan dunia bukan keutamaannya lagi. kesimpulannya, niat belajar sesuatu untuk mendapat mardhatillah, bukan hidup senang di dunia. kalau kita diredhai Allah, kita akan dapat kesenangan. Buat apa dapat kesenangan tapi tidak diredhai?Masa hidup jadi sia-sia begitu saja...ulaa ika humulghafilun..

Maka, berusahalah bersungguh-sungguh di kampus ni, carilah sebanyak mana ilmu yang ada, buat muhasabah, betulkan niat, cari hakikat hidup sebenar melalui sirah yang ditunjukkan oleh Allah melalui kehidupan Kekasih-Nya. Tiada lain tujuan manusia hidup adalah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Bukan nak bersaing siapa lebih maju, siapa lebih canggih, siapa lebih berkuasa,...sebab, yang Maha Kuasa itu Allah, jangan cuba-cuba melampaui batas. Tugas manusia adalah memakmurkan dunia, dengan menegakkan kalimah Allah dan siasah bihi

Mmahasiswa , kita adalah pelapis generasi yang ada sekarang, kepimpinan baik keluarga, masyarakat hatta negara di bawah bebanan kita...Oleh itu, sekali lagi, kampus adalah tempat yang paling ideal untuk mencorak pemimpin masyarakat pada masa akan datang. Pandanglah sejauh-jauhnya..hidup kita bukan untuk diri kita sahaja.

Biarlah hidup ini perit jika ia dikira sebagai perjuangan pada JALAN ALLAH...
Takbir3x!!
0 Responses